Rabu, 26 Disember 2012

Bahagia ka aku?


1)kurang bercakap?
bah aku ni kuat bercakap hehehe insyaallah akan berubah.manusia kan sentiasa berubah-ubah seminit @ sesaat bila allah kata kan KUN FAYAKUN,,...maka segalanya akan berubah

2)sentiasa merendah diri(tawaduk)
aku ni alhamdulilah masi boleh di katakan merendah diri walaupapun berlaku aku lagi suka rendah diri berbanding tinggi diri sebab bila tinggi diri akan ada sifat takbur pada diri.amin..

3)Berkasih sayang Sesama Makhluk.
aku ramai kawan walaupun kadang kala terluka sebab kawan tu semuanya perkara yang boleh di anggap sesuatu yang normal Tapi itu tak mematah kan semangat aku untuk terus menyayangi makhluk di dunia ni.

4)Bersahabat dengan Orang Soleh.
Ramai kawan alhamdulilah segalanya baik-baik tapi itu tak bermakna aku berkawan dengan orang yang tak baik itu semuanya tak baik kan?allah menciptakan sesuatu dengan semua kebaikan dan kita tak layak untuk menilai semua insan.Siapa taw dalam setiap keburukan yang dia ada,terselit 1000 kebaikan.

5)Menjauhi daripada yang haram.
sebagai hamba allah aku sentiasa di depani dengan dugaan hidup,hanya kekuatan diri jak yang membawa diri ke arah kebenaran sesungguhnya allah ada bersama ku.

6)Berguna kepada Masyarakat.
Alhamdulilah aku masih diperlukan dalam masyarakat sebab aku belum pernah lagi menjadi sampah yang boleh di buang masyarakat.amin

7)Tidak Rakus Dengan Dunia.
Insyaallah aku akan jadikan benda ni pedoman dalam hidup biarlah aku mengejar cinta akhirat dan bukan nya dunia sebab cinta dunia hanya sementara.

8)Memelihara Solat Lima Waktu.
amin ya allah moga setiap perubahan yang berlaku pada aku terletak pada naungan allah sebab aku tahu segalanya terletak pada redha allah.

9)Sentiasa Mengingati Mati.
Hampir setiap masa bila aku buka mata jak aku akan fikirkan kematian,datang nya tak pernah di undang  dan perginya tak pernah di halang moga apabila aku pergi kelak aku  akan tergolong dalam golongan yang beriman,amin...(sesiapa yang membaca blogger ni arap maafkan aku dan doakan kehidupan dan kematian ku kelak)amin...


10)Pemurah Dan Baik Hati.
aku hanya berusaha meminta redha allah atas segalanya,agar pa yang aku lakukan di atas muka bumi ini akan terus tercatat jadi catatan yang baik-baik.amin..

11)Sibuk Dengan Beribadah.
Hanya ibadah jak yang akan membuat kan aku  tenang,dan aku sentiasa berdoa moga kehadiran 2013 nanti akan  ada catatan terindah buat aku di sisi allah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan